Monday 2 September 2013

INGIN TAHU????
Perempuan Haid dan Ibadah Haji.



  • Berlaku haid ketika umrah


Apabila seseorang perempuan haid/nifas sampai ke Miqat, dia boleh berniat ihram umrah kemudian mengucap talbiah sehingga sampai ke Makkah. Bila sampai di Makkah, dia tidak boleh masuk ke Masjidil Haram, dia mesti berada di dalam ihramnya sehingga suci. Apabila suci hendaklah mandi, kemudian hendaklah tawaf di Kabaah tujuh keliling, kemudian saie antara Safa dan Marwah sebanyak tujuh kali. Selepas itu, bergunting rambut dan bebaslah daripada ihramnya. Umrah itu sah dan tidak dikenakan apa-apa atasnya. ( Muhammad al-Ajami, Al-Umrah :21 )

  • Datang haid selepas ihram.
Apabila berihram di Miqat, kemudian datang haid atau nifas selepas ihramnya itu, dia terus berada di dalam ihramnya itu dengan erti tidak boleh melakukan perkara-perkara yang dilarang dan tidak boleh tawaf sehingga suci. Apabila suci hendaklah mandi wajib. Selepas itu tawaf umrah tujuh keliling dan saie umrah tujuh kali. Kemudian menggunting rambut dan bebaslah daripada ihramnya itu dan halal baginya melakukan segala yang dilarang semasa ihram. Umrah itu sah dan tidak dikenakan apa-apa. ( Muhammad al-Ajami, Al-Umrah :22 )

  • Datang haid ketika tawaf.
Jika datang haid ketika tawaf, hendaklah cepat-cepat keluar dari tempat tawaf dan pakailah tuala wanita dan terus berada di dalam ihramnya sehingga suci dan mandi wajib. Kemudian tawaf, saie dan bergunting. Dengan itu bebaslah daripada ihramnya. ( al-Ajami : 22 )


  • Datang haid selepas tawaf.
Apabila datang haid selepas tawaf dan sebelum saie, hendaklah memakai tuala wanita dan boleh melakukan saie tidak disyaratkan suci daripada hadas. Kemudian bergunting dan bebaslah daripada ihramnya.

  • Datang haid sebelum tawaf widak.
Jika datang haid setelah selesai mengerjakan umrah sebelum keluar daripada Makkah, dia tidak boleh melakukan tawaf widak. Dia boleh pulang ke tanah air tanpa mengerjakan tawaf widak dan tidak dikenakan apa-apa keatasnya. ( al-Ajami : 22 )

  • Mengambil pil pencegah hamil
Apabila seseorang perempuan hendak pergi mengerjakan haji atau umrah dan bimbang kedatangan haid, dia boleh mengambil pil pencegah hamil walaupun seorang gadis ( tidak bersuami ) sebiji setiap hari. Perbuatan ini adalah harus mengikut ulama dan tidak salah ( al-Mughni 1:368 dalam Al-Ajami: 23 )



sumber Majalah Anis: Februari 2001

No comments: