Wednesday 25 September 2013

BEBERAPA PENDAPAT TENTANG MASALAH HAID.



  • SEKURANG-KURANG UMUR HAID


  pendapat yang mengatakan sekurang-kurangnya umur kedatangan haid bagi wanita ialah sembilan tahun berdasarkan keterangan Aisyah r.a katanya : ( apabila budak perempuan berumur sembilan tahun dia sudah merupakan perempuan dewasa )

  • SEKURANG-KURANGNYA MASA HAID
  kata segolongan ulama, sekurangnya-kurangnya masa haid ialah sehari semalam. ini adalah pendapat yang masyhur iaitu pendapat Syafie, Ahmad dan Ata'.
  segolongan yang lain mengatakan sekurang-kurangnya masa haid ialah tiga hari, jika darah berhenti sebelum tiga hari, ia bukanlah darrah haid. ( pendapat Abu Hanifah, sahabat-sahabatnya dan Sufiyan )

  • LAMA MASA HAID
menurut Imam MAlik dan Imam Shafie lama masa haid ialah lima belas hari. haid tidak lebih daripada itu. sementara Said bin Jubair mengatakan maksima masa haid ialah tiga belas hari. Kata Abu Hanifah maksimanya ialah sepuluh hari. 
   Kata al-Syaikh Taqiyuddin Ibn Taimiyyah tidak ditentukan sekurang-kurangnya masa haid dan juga masa maksimanya. Malah apa yang tetap menjadi kebiasaan bagi perempuan, itulah dia haid walaupun kurang dari sehari atau lebih dari lima belas atau tujuh belas hari dan tidak ada had minima umur kedatangan haid bagi wanita dan begitu juga tiada had maksima.
   Dan tidak ada had sekurang-kurangnya massa suci antara dua haid ( Dalam Abdullah Hajaj, Fiqh an-Nisa':29 )

  • PEREMPUAN HAID MENDAPAT SATU RAKAAT ASAR DAN ISYAK
   Apabila haid berhenti dan sempat mendapat satu rakaat solat Asar adalah wajib menunaikan solat Zohor bersama solat Asar, ataupun mendapat satu rakaat solat Isya' adakah wajib dia menunaikan juga solat Maghrib bersama Isya' ???
   Dalam masalah ini ada khilaf pendapat ulama. sebetulnya tidak wajib menunaikan kecuali solat yang dia dapati dalam waktunya sahaja iaitu Asar dan Isya' sahaja kerana Rasulullah s.a.w bersabda : ( sesiapa mendapat satu rakaat Asar sebelum matahari terbenam maka dia telah mendapat Asar. ( Muttafaq alaih) )
   Nabi s.a.w tidak bersabda " Maka dia mendapat zohor dan Asar dan tidak disebut wajib Zohor ke atasnya." ( pendapat Abu Hanifah dan Malik {syarah al- Muhazzah 3:70 } )


  • PEREMPUAN HAID MEMBACA AL-QURAN
   Adakah harus perempuan haid membaca quran ? Membaca quran adalah harus bagi orang yang berjunub dan perempuan haid mengikut pendapat sebahagian ulama besar seperti Ibn Abbas, Al-Bukhari, At-Tabarani, Daud, Ibn Hazm dan lain-lain.
   Perempuan haid membaca quran jika dengan pandangan mata atau penelitian hati tanpa membunyikan suara, tidaklah mengapa, seumpama diletakkan quran lalu dilihat kepada ayat-ayatnya sambil dibaca dalam hati.
   Kata Imam Nawawi dalam Syarah al-Muhazzab 2:372 adalah harus tanpa khilaf lagi. Tetapi jika membacanya dengan membunyikan suara. maka menurut jumhur ulama adalah dilarang dan tidak harus.
   Kata al-Bukhari, Ibn Jarir, al-Tabari dan Ibn al-Munzir adalah harus. apa yang perlu kita ketahui, perempuan haid janganlah membaca quran dengan membunyikan suara kecuali ketika memerlukan seperti guru quran maka dia perlu mengajar murid-muridnya atau semasa ujian, maka guru tersebut perlu membacanya untuk ujian atau sebagainya. ( Al-Syaikh Muhammad bin Salleh, Al-Mar'atul Muslimah : 56-57 )






sumber Majalah Anis: Februari 2001
  

Friday 20 September 2013

kelebihan wanita di sisi Allah SWT

Kelebihan Wanita Di sisi Allah SWT 



1. Wanita Solehah Lebih Baik Daripada 1000 Lelaki Yang Tak Soleh

-Abdul Rahman bin Auf meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: " Seorang wanita solehah lebih baik dari 1000 lelaki yang tak soleh. Dan seorang wanita yang melayan suaminya selama seminggu maka di tutupkan baginya 7 pintu neraka dan dibuka 8 pintu syurga yang mana dia dapat masuk dari pintu mana saja tanpa hisab."
Siti Aisyah meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: "Tidaklah seorang wanita yang haid kecuali haidnya merupakan kifarah bagi dosa-dosanya yang telah lalu."

2. Pengampunan Allah


-Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: "Sebaik-baik wanita adalah apabila engkau pandang dia, maka dia menggembirakan. Bila engkau perintah, dia taat. Bila engkau tiada, dia menjaga hartamu dan menjaga pula kehormatan dirinya."
Ada sebuah riwayat bahawa pada zaman Nabi SAW ada seorang lelaki yang akan berangkat untuk berperang di jalan Allah. Dia berpesan kepada isterinya, "Wahai isteriku... janganlah sekali-kali engkau meninggalkan rumah ini sehingga aku kembali." Secara kebetulan ayahnya menderita sakit...maka wanita tadi mengutus seorang lelaki menemui Rasulullah SAW. Baginda bersabda kepada utusan itu, "Agar dia mentaati suaminya." Demikian pula wanita itu mengutus utusannya bukan hanya sekali hingga akhirnya dia mentaati suaminya dan tidak berani keluar rumahnya. Maka ayahnya meninggal dunia tetapi dia tetap tidak melihat mayat ayahnya. Dia tetap sabar sehingga suaminya pulang. Maka Allah memberi wahyu kepada Nabi yang bermaksud, " Sesungguhnya Allah telah mengampuni wanita tersebut disebabkan ketaatannya kepada suaminya."
Dalam riwayat yang lain mengatakan bahawa Allah turut mengampuni dosa ayahnya disebabkan ketaatan anaknya itu. Inilah sebenarnya perkara yang menyebabkan wanita diredhai oleh Allah bukannya dalam persamaan hak seperti yang dituntut oleh orang jahil agama. Sedangkan dalam peritiwa Israk mikraj, Nabi telah melihat ke dalam syurga yang mana Allah masukkan wanita ke dalam syurga 500 tahun lebih awal dari suami mereka dan bila melihat ke dalam neraka Nabi dapati 2/3 dari penghuninya adalah wanita.

3. 1000 darjat.


-Abdullah bin Masud meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda:" Apabila seorang wanita mencuci pakaian suaminya maka Allah mencatat baginya 1000 kebaikan, diampunkan 2000 kesalahan bahkan segala sesuatu yang disinari matahari akan memohon ampun baginya dan Allah mengangkat 1000 darjat untuknya."
Maulana Syed Ahmad Khan dalam keterangannya menceritakan kelebihan yang dimiliki oleh wanita. Katanya:

a. Seorang wanita yang solehah lebih baik dari seorang wali Allah.
b. Wanita yang mengauli tepung dengan membacaBismillah akan diberkati Allah rezekinya.
c.Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir dapat pahala seperti membersihkan Baitullah.
d. Wanita yang solehah lebih baik dari 70 orang lelaki yang soleh.
e. Allah akan berkati rezeki apabila wanita memasak dengan zikir.
f. Seorang wanita menutup auratnya dengan purdah ditingkatkan oleh Allah nur wajahnya 13 kali ganda dari wajah asalnya.
g. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah yang Maha Indah.





 sumber:

Monday 2 September 2013

INGIN TAHU????
Perempuan Haid dan Ibadah Haji.



  • Berlaku haid ketika umrah


Apabila seseorang perempuan haid/nifas sampai ke Miqat, dia boleh berniat ihram umrah kemudian mengucap talbiah sehingga sampai ke Makkah. Bila sampai di Makkah, dia tidak boleh masuk ke Masjidil Haram, dia mesti berada di dalam ihramnya sehingga suci. Apabila suci hendaklah mandi, kemudian hendaklah tawaf di Kabaah tujuh keliling, kemudian saie antara Safa dan Marwah sebanyak tujuh kali. Selepas itu, bergunting rambut dan bebaslah daripada ihramnya. Umrah itu sah dan tidak dikenakan apa-apa atasnya. ( Muhammad al-Ajami, Al-Umrah :21 )

  • Datang haid selepas ihram.
Apabila berihram di Miqat, kemudian datang haid atau nifas selepas ihramnya itu, dia terus berada di dalam ihramnya itu dengan erti tidak boleh melakukan perkara-perkara yang dilarang dan tidak boleh tawaf sehingga suci. Apabila suci hendaklah mandi wajib. Selepas itu tawaf umrah tujuh keliling dan saie umrah tujuh kali. Kemudian menggunting rambut dan bebaslah daripada ihramnya itu dan halal baginya melakukan segala yang dilarang semasa ihram. Umrah itu sah dan tidak dikenakan apa-apa. ( Muhammad al-Ajami, Al-Umrah :22 )

  • Datang haid ketika tawaf.
Jika datang haid ketika tawaf, hendaklah cepat-cepat keluar dari tempat tawaf dan pakailah tuala wanita dan terus berada di dalam ihramnya sehingga suci dan mandi wajib. Kemudian tawaf, saie dan bergunting. Dengan itu bebaslah daripada ihramnya. ( al-Ajami : 22 )


  • Datang haid selepas tawaf.
Apabila datang haid selepas tawaf dan sebelum saie, hendaklah memakai tuala wanita dan boleh melakukan saie tidak disyaratkan suci daripada hadas. Kemudian bergunting dan bebaslah daripada ihramnya.

  • Datang haid sebelum tawaf widak.
Jika datang haid setelah selesai mengerjakan umrah sebelum keluar daripada Makkah, dia tidak boleh melakukan tawaf widak. Dia boleh pulang ke tanah air tanpa mengerjakan tawaf widak dan tidak dikenakan apa-apa keatasnya. ( al-Ajami : 22 )

  • Mengambil pil pencegah hamil
Apabila seseorang perempuan hendak pergi mengerjakan haji atau umrah dan bimbang kedatangan haid, dia boleh mengambil pil pencegah hamil walaupun seorang gadis ( tidak bersuami ) sebiji setiap hari. Perbuatan ini adalah harus mengikut ulama dan tidak salah ( al-Mughni 1:368 dalam Al-Ajami: 23 )



sumber Majalah Anis: Februari 2001