Wednesday 25 September 2013

BEBERAPA PENDAPAT TENTANG MASALAH HAID.



  • SEKURANG-KURANG UMUR HAID


  pendapat yang mengatakan sekurang-kurangnya umur kedatangan haid bagi wanita ialah sembilan tahun berdasarkan keterangan Aisyah r.a katanya : ( apabila budak perempuan berumur sembilan tahun dia sudah merupakan perempuan dewasa )

  • SEKURANG-KURANGNYA MASA HAID
  kata segolongan ulama, sekurangnya-kurangnya masa haid ialah sehari semalam. ini adalah pendapat yang masyhur iaitu pendapat Syafie, Ahmad dan Ata'.
  segolongan yang lain mengatakan sekurang-kurangnya masa haid ialah tiga hari, jika darah berhenti sebelum tiga hari, ia bukanlah darrah haid. ( pendapat Abu Hanifah, sahabat-sahabatnya dan Sufiyan )

  • LAMA MASA HAID
menurut Imam MAlik dan Imam Shafie lama masa haid ialah lima belas hari. haid tidak lebih daripada itu. sementara Said bin Jubair mengatakan maksima masa haid ialah tiga belas hari. Kata Abu Hanifah maksimanya ialah sepuluh hari. 
   Kata al-Syaikh Taqiyuddin Ibn Taimiyyah tidak ditentukan sekurang-kurangnya masa haid dan juga masa maksimanya. Malah apa yang tetap menjadi kebiasaan bagi perempuan, itulah dia haid walaupun kurang dari sehari atau lebih dari lima belas atau tujuh belas hari dan tidak ada had minima umur kedatangan haid bagi wanita dan begitu juga tiada had maksima.
   Dan tidak ada had sekurang-kurangnya massa suci antara dua haid ( Dalam Abdullah Hajaj, Fiqh an-Nisa':29 )

  • PEREMPUAN HAID MENDAPAT SATU RAKAAT ASAR DAN ISYAK
   Apabila haid berhenti dan sempat mendapat satu rakaat solat Asar adalah wajib menunaikan solat Zohor bersama solat Asar, ataupun mendapat satu rakaat solat Isya' adakah wajib dia menunaikan juga solat Maghrib bersama Isya' ???
   Dalam masalah ini ada khilaf pendapat ulama. sebetulnya tidak wajib menunaikan kecuali solat yang dia dapati dalam waktunya sahaja iaitu Asar dan Isya' sahaja kerana Rasulullah s.a.w bersabda : ( sesiapa mendapat satu rakaat Asar sebelum matahari terbenam maka dia telah mendapat Asar. ( Muttafaq alaih) )
   Nabi s.a.w tidak bersabda " Maka dia mendapat zohor dan Asar dan tidak disebut wajib Zohor ke atasnya." ( pendapat Abu Hanifah dan Malik {syarah al- Muhazzah 3:70 } )


  • PEREMPUAN HAID MEMBACA AL-QURAN
   Adakah harus perempuan haid membaca quran ? Membaca quran adalah harus bagi orang yang berjunub dan perempuan haid mengikut pendapat sebahagian ulama besar seperti Ibn Abbas, Al-Bukhari, At-Tabarani, Daud, Ibn Hazm dan lain-lain.
   Perempuan haid membaca quran jika dengan pandangan mata atau penelitian hati tanpa membunyikan suara, tidaklah mengapa, seumpama diletakkan quran lalu dilihat kepada ayat-ayatnya sambil dibaca dalam hati.
   Kata Imam Nawawi dalam Syarah al-Muhazzab 2:372 adalah harus tanpa khilaf lagi. Tetapi jika membacanya dengan membunyikan suara. maka menurut jumhur ulama adalah dilarang dan tidak harus.
   Kata al-Bukhari, Ibn Jarir, al-Tabari dan Ibn al-Munzir adalah harus. apa yang perlu kita ketahui, perempuan haid janganlah membaca quran dengan membunyikan suara kecuali ketika memerlukan seperti guru quran maka dia perlu mengajar murid-muridnya atau semasa ujian, maka guru tersebut perlu membacanya untuk ujian atau sebagainya. ( Al-Syaikh Muhammad bin Salleh, Al-Mar'atul Muslimah : 56-57 )






sumber Majalah Anis: Februari 2001
  

No comments: